BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday 28 December 2011

S o l a t B e r j e m a a h

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih


Pengertian

Solat yang dilakukan dua orang atau lebih secara bersama dengan diketuai oleh seorang imam dan disertai dengan niat berjemaah.


Hukum

Fardhu kifayah : orang lelaki di suatu tempat bagi solat fardhu
Fardhu ain : setiap lelaki bagi solat jumaat
Sunat : solat-solat sunat


Syarat Sah Solat Berjemaah
  • Makmum berniat mengikut imam
  • Takbiratulihram makmum tidak mendahului takbiratullihram imam
  • Makmum tidak mendahului dan tidak terlalu lambat mengikut pergerakan imam
  • Makmum mengetahui pergerakan imam
  • Tiada sekatan atau penghalang antara makmum dengan imam


Bahagian Makmum
  1. Muafik - makmum yang sempat membaca Al-Fatihah bersam imam dalam rakaat pertama.
  2. Masbuk - makmum yang tidak sempat membaca Al-Fatihah bersama imam dalam rakaat pertama dan tidak dikira rakaatnya.


        Kedudukan Imam dan Makmum


      • Imam lelaki dengan seorang makmum lelaki dewasa
      • Imam lelaki dengan beberapa orang makmum lelaki dewasa
      • Imam lelaki dengan seorang makmum lelaki dewasa dan makmum kanak-kanak
      • Imam perempuan dengan makmum perempuan
      • Imam lelaki dengan seorang makmum lelaki dewasa dan makmum perempuan


          

      0 comments: