BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, 29 December 2011

I S R A K D A N M I K R A J

Assalamualaikum adik-adik kak B-La.....

Baiklah adik-adik, hari ini kita akan menyentuh bab Sirah Nabawiyah


    Peristiwa Israk dan Mikraj berlaku pada 27 Rejab tahun ke-11 kerasulan (621 M). Rasulullah S.A.W. menunggani Buraq dan ditemani oleh Malaikat Jibrail.

Israk
Perjalanan Rasulullah S.A.W. pada waktu malam dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa di Baitul Maqdis di Palestin.

Mikraj
Perjalanan Rasulullah S.A.W. dari Masjidil Aqsa di Palestin ke Sidratul Muntaha.

Peristiwa Sebelum Israk
  • Kewafatan Abu Talib
  • Kewafatan Khadijah
  • Penolakan keras penduduk Taif terhadap dakwah Islam


Peristiwa Pada Malam Sebelum Israk
  • Dada Rasulullah S.A.W dibelah oleh Malaikat Jibrail dan dua malaikat lain.
  • Hati Baginda dikeluarkan dan dibasuh dengan air zam-zam.
  • Malaikat memasukkan iman dan hikmah ke dalam dada Baginda sebagai persediaan untuk Israk dan Mikraj.


Peristiwa Semasa Israk Mikraj
  • Manusia yang memecahkan kepalanya dengan batu.
  • Manusia makan duri daripada bara api.
  • Manusia makan daging busuk.
  • Rasulullah S.A.W. menerima perintah menunaikan solat sebanyak 50 waktu sehari semalam ketika berada di Sidratul Muntaha. Allah mengurangkannya kepada 5 waktu setelah Baginda merayu.


Sidratul Muntaha

- Tempat yang lebih tinggi daripada langit ke-7

- Di Masjidil Aqsa, Rasulullah S.A.W. menjadi imam solat bersama para Nabi dan Rasul.




                                    Masjidil Aqsa






                                    Masjidil Haram

0 comments: